Patutkah Aku Marah ? Masuk Akal Ke Tak ?

Angry Wet Cat

Kadang2 sebagai manusia yang bersifat normal aku rasa semua orang mempunyai perasaan marah atau angin satu badan, kalau yang takde tu mungkin selalu buang angin atau mempunyai tahap kesabaran dan keimanan yang tinggi...

Aku senaraikan sikit Kenapa Aku Marah ? Masuk Akal Ke Tak ? dalam pelbagai situasi dan keadaan...

1. Bila masuk tandas awam nak terberak tapi kena beratur tunggu turn.

2. Bila lampu isyarat dah hijau tapi pemandu kat depan terkemut-kemut sambil bersuka ria dengan handphone.

3. Bila rasa nak tengok wayang tapi tiket yang tinggal semua tempat duduk depan sekali.

4. Pemandu yang bawak kereta terhegeh-hegeh sambil beromen.

5. Aku benci bila nampak Metrobus pasal tujuh lapan kali aku kena himpit dengan bas ni.

6. Bawak moto terpaksa ikut belakang lori sampah.

7. Masuk kerja lambat tapi punch card merah. (hahaha....ni salah aku sendiri pun nak marah)

8. Bila makan nasi kandar tapi kena papadom yg masuk angin atau lemau.

9. Member2 pinjam duit tak reti2 nak bayar.

10. Sterika baju tapi masih berkedut2.

11. Bila aku ngorat awek tapi awek tu buat muka ketat. (ni pun salah aku jugak pasal aku x hensem...hehe).

12. Kawan2 yg suka tukar2 no hp hari2.

13. Orang yg aku tak kenal tapi tengok aku atas bawah,atas bawah tiga pat kali...(macam tak pernah tengok orang).

14. Kawan2 yg setia dgn aku bila aku senang, tapi terus angkat kaki cabut bila aku merempat.

15. Orang tua2 yg pakai kopiah tapi hari2 melepak kedai kopi sembang2 pung-pang pasal nombor ekor.

16. Orang yg suka sembang juta2 tapi hari2 mintak rokok kt kengkawan.

17. Orang yg mintak sedekah dalam keadaan sihat waafiat tak cacat langsung fizikal dan mental.

18. Bila beli kuih tapi bila makan liat macam getah pemadam.

19. Tikus yg bersahabat dengan kucing menghuru-harakan rumah aku.

20. Aku marah bila main bowling memanjang kalah...(aku tak terer tapi tak mau mengaku....hehe).

21. .... .... .... .........

Kalau nak diikutkan beribu aku nak senaraikan,belum termasuk yang disenarai hitamkan lagi.Kalau korang rasa nak marah jugak ??? Sila lepaskan di ruang komen ya....

2 comments:

  1. Salam..Syam..Nie marah ke buat lawak?
    Kelakar lak bc neh tp betol yg nie"18. Bila beli kuih tapi bila makan liat macam getah pemadam."
    mmg selalu berlaku dkt sy..Dh bnyk kali kena..X bley ke org yg jual kueh tu buat kueh lembut2 siket ahh..??Yg keras pun ade,kalah Kuih Keras yg org India salu buat tuh..

    ReplyDelete
  2. W'salam Ieda...Ini dh kire marah tahap tertinggi la ni...Ke x cukup ganas lg??? hehe...

    ReplyDelete