Setan Di Puncak Genting.

Cuti-cuti Malaysia


Mungkin aku sudah terlambat untuk menceritakan tentang kemeriahan tahun baru, tapi mungkin juga aku tidak terlambat untuk menceritakan sedikit keburukan diambang kemeriahan sambutan tahun baru sebagai pedoman.

7.00 petang sebelum tahun baru aku di beri tugasan untuk membawa seorang wartawan dan dua orang jurugambar untuk membuat liputan tentang sambutan tahun baru di Genting Highlands.

Mula-mula tu berat jugak hati nak terima tugasan ni, pasal awal-awal lagi aku dah buat perjanjian tidak rasmi dengan kawan-kawan nak tengok bunga api di sebuah pulau di sekitar Kuala Selangor.

Tapi bila aku pikir2 balik sambil mengenangkan kerja lebih masa (OT) aku untuk bulan ni tak berapa nak banyak dan outstation pun kurang ??? Lama jugak aku pikir lebih kurang setengah minit sebelum membuat sebarang persetujuan....

Lebih kurang 8.45 aku dah terpacak di parking Hotel First World, jangan tanya la macam mana aku layan corner Genting ? Menangis tayar kereta company aku belasah...hehehe....Bos aku pun satu hal last minute baru cakap kena ada di Hotel First World sebelum kol 9.00, abis takkan aku nak bawak ikut had laju kot? Kol berapa puloh pulak aku nak sampai...

Lebih kurang lima belas kali pusing kat tempat parking, satu haram tempat kosong pun tak nampak kot2 boleh menyelit.

Kepala aku pun dah naik pening, perut aku tak payah cakap la dah naik kebulur dibuatnya....Oleh kerana parking semua dah penuh aku terpaksa turun balik dari puncak menuju ke Taman Cendawan dengan harapan adalah tempat untuk aku membuang 'hajat kecil, maklum la tempat sejuk dah boleh kena batu karang aku di buatnya....

Kesesakan Genting Highlands

Ini la pengalaman pertama aku bertahun baru di puncak Genting Highlands Kota Keriangan la konon...

Kalau tak kerana tugasan mampos aku tak naik tempat Jin Bertandang ni...Dah la kesesakan turun-naik separuh mati !!!

Dekat Taman Cendawan ni la aku dapat tengok aksi-aksi live bebudak melayu yang aku rasa kebanyakkannya beragama Islam tidak kira jantina meneguk air setan dengan nikmatnya....macam dah tak ingat syurga neraka....Halal dan haram dah tentu la lupa....Rasa macam nak terajang pun ada bebudak setan ni masuk gaung....Mana taknya siap baca doa makan lagi sebelum minum air kencing iblis....Aksi-aksi lucah tak payah cakap la kalau masing-masing dah kena rasuk dengan iblis dan setan...

Tapi yang menghairankan aku, tak pernah nampak pun batang hidung anggota-anggota Jabatan Agama Islam naik Genting ??? Adakah Genting Highlands terlalu kebal untuk ditembusi oleh Jabatan Agama Islam ??? Tapi di tempat lain bukan main lagi tangkap khalwat di sana-sini,tangkap orang tak puasa sumbat dalam van jenazah ....Sepanjang aku tengok berita dekat TV la, aku rasa tak pernah pun ada kes2 kena tangkap khalwat di Genting Highlands....Takkan Kerajaan Genting lagi power kot ??? Ke semua pihak berkuasa yang terlibat dah kena sumbat mulut dengan duit kasino kot ???

4 comments:

  1. X pnh pegi Genting sbb takot dgn
    maksiat yg berleluasa dkt sana,lh..
    Na'uzubillah..Umm..Ha'aa..lah knp
    Jabatan Pencegah Maksiat xder yg pegi
    sane ehh?

    ReplyDelete
  2. menyebuk jew jbatan agme nk g sne....pengcegak maksiat dok umah jge anak bini lgi bgus laa

    ReplyDelete
  3. goh tong dah bayar...
    then that is isu politik..
    lagi 1,,dah sah sah dia kasino kat sana..
    dah sah2 maksiat pun..
    tp yg sial sngt tue budak melayu bca doa mkn lagi erk teguk arak...

    ReplyDelete
  4. kt genting mmg xde pencegah..
    kt cameron cmne plak?

    ReplyDelete