Your Title :

Your Text or Image Link

2 Facebook,aku dan dia...

Selamat Berpuasa !!! Dah dekat 2 bulan aku tak mengemaskini blog ni...macam pelik je ayat ni...hehe...Jangan kata nak mengemaskini jengok pun tidak...Semua ni berlaku mungkin disebabkan oleh kelalaian aku sibuk layan poker di facebook...

Nasib baik la aku main poker ni kat dunia maya,kalau kat dunia nyata aku main bendalah poker ni dah lama aku muflis tak pun kena cincang halus oleh AH LONG....Mana taknya sekali main puluh2 ribu,juta2...hahaaa (gelak orang kaya)....

Pernah tak korang bayangkan macam mana la agaknya kalau facebook ni betol2 wujud di dunia nyata ??? Kalau korang langsung tak pernah membayangkan korang layan la video ni...Sampai kejang rahang aku gelak punya pasal masa mula2 mula2 tengok video ni....

Pssst...Gelak2 jugak kalau rajin tinggal2 la komen....

Baca sampai habis....

0 Buah Oren itu....

Sibuk sangat ke aku ni? Kalau tengok keadaan blog ni mesti orang ingat aku ni seorang yang hangat2 tahi ayam untuk berblogging, maklum la dah dekat 2 bulan blog ni di biarkan terkontang-kanting tanpa sebarang pengUPDATEtan...hahaaa lain macam je ejaan...Tapi kalau itu la yang korang fikirkan ternyata korang salah membuat tafsiran kerana semangat aku untuk berblogging ternyata masih utuh dan ampuh...

Walaupun Argentina kalah dan menyebabkan aku kerugian besar namun Belanda tetap meneruskan harapan murni untuk menjulang World Cup...Ni apsal tetiba je aku cerita pasal World Cup...

Bukan apa cuma aku nak menunjukkan yang salah satu sebab kenapa? dan mengapa? Blog ni terbengkalai tanpa sebarang update...Ha,sekarang mungkin orang akan percaya yang aku ni sememangnya sibuk tengok bola....Hahaaa...Tengok bola sibuk sangat ke? Sebenarnya memang aku sibuk melayan fesbuk kerenah tuntutan kerja yang memaksa aku outstation ntah kemana-mana hampir setiap hari, daripada bershopping hinggalah terpaksa melakukan kerja2 sukarelawan semua aku buat dalam tempoh 2 bulan ni. Dah lama aku tak buat kerja2 sukarelawan ni ke memang tak pernah buat.

Bila aku baru je nak senang hati mengadap fesbuk atau blog dah hp aku memekak menadakan ada panggilan masuk, jadi terpaksa la aku melupakan hasrat untuk melakukan sebarang update di dunia maya ini....Kenapa? Pasal tuntutan kerja lagi penting demi mencari rezeki yang halal bagi menampung kehidupan di bumi Allah ini.

4x4


Kenderaan yang digunakan semasa misi membersihkan pantai dari tumpahan minyak.

Maaf la ye kalau kualiti gambar agak hancur pasal aku gunakan kamera hp je...Nak beli DSLR duit tak pernah ada yang terlebih...

Kamera Digital

Si idaman kalbu, Bila la nak menjadi milikku...

Jadi terpaksa la aku memendamkan hasrat lebih lama lagi untuk menjadi tukang tangkap gambar yang agak tak berapa nak pro....

Walau sesibuk mana pun aku akan tetap menghadirkan diri ke jemputan kenduri-kendara bagi menunjukkan yang aku ni sememangnya seorang yang bercampur dengan masyarakat sekeliling...Pesanan penaja, jangan la menjadi seorang yang tak bercampur dengan masyarakat sekeliling pasal silap2 haribulan kalau mati kena tanam sendiri...haha ada berani? Larangan keras, jangan jadi sampah masyarakat dah la....Habis kalau dah satu dunia terkena demam World Cup takkan aku nak tengok je kot? Mesti la nak selit2 sikit...

Holland

Pasukan pilihan aku dari dulu hingga sekarang ntah kenapa ntah, nak kata aku minat makan buah oren tak jugak...

Entri kali ni lebih kepada edisi untuk melepaskan gian dan rindu aku untuk menekan keyboard.

Baca sampai habis....

0 Ronggak dan Jonggang, Mana Satu Korang Pilih ???

Band Kampung

Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya...Bakat terpendam kalau digilap dan dicampur dengan sedikit ramuan kreatif silap2 haribulan boleh pergi jauh lagi dalam industri muzik tempatan.

Tak semua budak2 kampung mundur dan tidak berbakat...Awas !!! Budak2 bandar yang selama ini mendabik dada konon2 "Akulah yang terbaeeek...". Korang mungkin akan terkena kejutan budaya selepas menonton video ini.

Pssst : Mungkin korang benci, meluat, kagum, atau teruja....So tunggu apa lagi...Jangan malu, jangan segan, anggap diri korang sebagai pengkritik...Ringan-ringankan la tangan untuk memberi kritikan diruang komen...hahaha...

Baca sampai habis....