Manusia Makan Semut.

Kisah Semut

Sejak zaman hitam putih lagi dah berbuih mulut orang berkata2, kalau selalu termakan semut, senang jadi pelupa ? Mungkin betul kot pasal kecik2 dulu selalu aku termakan semut cecah dengan air kopi, tapi kadang-kadang sedap jugak rasa semut ni...haha.

Ish..Ish..Ishhh...Macam mana la aku boleh tak teringat langsung, pasal kewujudan blog ni dah menjangkau usia 1 setengah lebih sikit. Maklum la sejak Ogos 2008 sampai ke hari ni, baru aku tergerak hati nak jengok bahagian profile. Diam tak diam dah lebih setahun jagung dah blog ni.

Alhamdulillah dan bersyukur aku ke hadrat ilahi dengan kesihatan dan segala kurniaan yang diberikanNya, masih lagi aku bernafas hingga ke hari ini dan sekalung tahniah untuk diri aku sendiri pasal berjaya mengupdate hingga sekarang, walaupun sekadar menggunakan bahasa rojak dan ayat yang tungggang-langgang. Semua ini bukanlah cerita rekaan atau sekadar melepaskan batuk di tangga tetapi sedikit sebanyak berkisarkan pengalaman hidup aku walaupun telah di tokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita.

Bak kata jiran sebelah rumah aku kalau nak masak sedap macam kedai mamak, kena la tambah ajinomoto buang sekilo.

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan meninggalkan komen.

2 comments:

  1. hoho
    pndai
    kaitkan ngan semut ek
    sian semuut
    xpasal2 jadi mngsa
    padahal
    slh sndri y pelupa
    btl x?
    larikkkkkkkkkkk

    ReplyDelete