Tatkala Minda Bercelaru....

Gambar Popular

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan....Hehe bunyi macam mukadimah pendekar dari gua hantu pun ada....Kalau ada yang tak paham lebih kurang macam ni la maksudnya dah alang2 aku singgah tak seberapa minit kat alam maya ni, baik aku mengemaskini blog dengan entri terbaru yang panas hebat dan mengiurkan (haha aku merapu lagi)....Ni aku nak bagi pedoman sikit, baik korang mengemaskini blog dari melepak kat simpang tiga sambil main gitar pastu ngorat anak dara Pak Leman balik surau, bila tak dapat mula la nak bikin onar satu kampung.

Sibuk betol aku dalam 2-3 minggu ni tapi takde la sesibuk perdana menteri...Tapi dalam keadaan sibuk memanjang, sempat jugak aku berniaga kecil-kecilan dekat Mudah.my, habis clear aku tebas barang2 berlebihan dalam bilik aku, kalau boley satu rumah aku nak jual, lepas tu baru la bapak aku hentak kepala aku dengan tv "32" hehe...Adat berniaga untung sikit2 dah la yang penting jual benda halal. Jangan la jadi sesetengah makhluk yang nak kaya cepat dah la berniaga benda haram, jual pulak kat bangsa sendiri, bila kena tangkap masuk tv mula la buat muka macam tahi...(hehe macam pantun nam kerat pun ada)...

Kadang-kadang aku pun tak paham, nak kata duit aku terlebih-lebih tak jugak, tapi sejak kebelakangan ni selalu jugak aku merayau kat Mudah.my ada la dah 3-4 barang aku beli, mula-mula dulu aku ingat barang-barang yang di jual kat Mudah.my ni semua barang2 yang dah nak jahanam dan tipu, tapi ada satu hari tu jam tangan aku rosak duit pun tinggal ngam2 sampai cukup bulan. Untuk pengetahuan korang yang tak kenal aku atau yang langsung tak nak mengenali aku, di sini aku nak bongkarkan sikit sifat2 terpuji yang ada dalam diri aku iaitu seorang yang mementingkan masa, sampaikan mandi, makan, tido, berak pun pakai jam. Kiranya kalau tak pakai jam rasa macam kosong hidup di dunia ini...haha.

Ok tak payah la aku nak meraban lebih2, berbalik kepada cerita jam rosak tadi, lebih kurang setengah jam suku aku belek2 iklan di Mudah.my cari jam murah2 untuk di jual dan akhirnya, ada la jam yang kena dengan citarasa aku, harga pun boley tahan berpatutan dengan poket aku yang dah kopak-kapik ni, jadi aku pun terus talipon dan bersetuju untuk berjumpa dengan saudagar jam dalam Mudah.my tadi.

Selepas lebih kurang 1-2 jam aku menunjukkan skill tawar-menawar, saudagar jam pun terpaksa akur dan mengaku kalah dan bersetuju untuk menjual jam dengan harga yang tak munasabah sambil berkata "Boley bankrap aku macam ni, tak de untung satu sen pun berniaga dengan kau, rugi ada la...."

Aku rasa sampai sini je la cerita pasal pengalaman pertama kali aku membeli-belah di Mudah.my kira-kira 4 tahun lalu, sampai sekarang kadang-kadang aku pakai jam ni lagi. Tapi banyak jugak desas-desus yang mengatakan ramai yang kena tipu bershopping kat Mudah.my ni. Betul ke ? Kalau sesiapa yang ada pengalaman kongsi-kongsikan la di bahagian komen sebagai pedoman untuk insan-insan lain....

1 comment: