Bilik Suci Dan Bercahaya.

Sleeping Beauty

Walaupun sejak kebelakangan ini cuaca agak panas, namun faktor cuaca langsung tidak memberi sebarang impak kenapa aku tiba-tiba menjadi super rajin macam hari ni. Kebetulan hari ni aku bertugas syif pagi jadi ada la peluang balik rumah awal.

Bila sampai rumah normal la, sebagai manusia biasa mesti badan letih.Tapi mula-mula masuk rumah tak la letih sangat, tapi bila buka pintu bilik aku, badan pun tiba-tiba menjadi super letih dan mata pun menjadi super serabut. Perghhhh...Dah macam tongkang pecah keadaan dalaman bilik aku !!! Yang aku pelik macam mana semalam,kelmarin dan dulu2, aku boleh tak perasan bilik aku serabut dah macam kedai besi buruk ? Padahal baru 6 bulan lepas aku melakukan kerja2 penyelenggaraan dan pembersihan.

Erk, nak tanya korang sikit 6 bulan tu baru ke ? hehe...

Memang dahsyat keadaan bilik aku kalau korang boleh sama2 menyaksikan, aku yakin korang akan kagum dengan kesenian sawangnya, nyamuk beterbangan bebas ke sana-sini, habuk menghiasi di setiap pelosok ruang, kain baju berwarna-warni tersangkut di sana-sini, barang2 kereta dan motor pun memainkan peranan penting untuk menyemakkan lagi keadaan bilik aku.

Mula-mula tu aku buat2 tak nampak je semua keajaiban ni, maklumla aku kan seorang yang selalu berfikiran positif tapi jauh di sudut hati aku berkata "normal la bilik bujang"....Tapi bila aku berfikir balik selogik-logiknya, macam tak munasabah pun ada.

"Takkan la kalau ye pun bilik bujang dah macam tempat perlupusan barangan kitar semula apa cerita."

Tapi sebelum korang tanya baik aku jawab dulu, sebenarnya aku bukan la seorang pemalas, tapi punca utama yang sempat aku tilik mungkin juga berpunca dari faktor ketidakstabilan ekonomi dunia yang memaksa aku jadi macam ni...hahaha ( bley terima dek akal ke alasan ni?). Mana taknya nak cari duit lebih punya pasal hari2 aku tibai overtime, keluar pagi balik pun dah awal pagi terus mandi dan pengsan.

Sebenarnya bukan la niat aku nak riak atau masuk bakul tendang sendiri tapi memang sejuk perut mak aku mengandungkan anak yang rajin macam aku...hahaha.

Kalau korang tak pecaya tengok sendiri keadaan bilik aku, selepas 10 minit aku bertungkus lumus mengemaskini bilik tanpa mengira penat dan peluh yang mengalir.

Bilik Suci Dan Bercahaya

Sudut ni je la kot yang aku rasa comey sikit, yang sebelah sini tak payah la kot pasal tempat tydo aku (jangan tertipu gambar ni aku dah edit tu yang nampak suci dan bercahaya kalau tak hudoh piang....hahaha)

Entri kali ni aku rasa dah cukup panjang lebar, tu pasal la mata aku pun dah naik kelabu.Kalau korang rasa nak tolong upgrade lagi bilik aku ? Komen la diruang yang sepatutnya, pasal mata aku pun dah berat sangat ni macam nak mintak bantal...

2 comments:

  1. pergh
    6 bulan skali
    ?
    memang sejuk perut mak mengandung

    ReplyDelete
  2. Memang perut sejuk tapi hati panas...hehe

    ReplyDelete