Di Mana Kawan ? Siapa Sahabat ?

Artis Malaysia

Kalau lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Selama 28 tahun aku hidup, kalau korang tanya berapa ramai kawan2 aku mungkin aku akan jawab 'terlalu ramai' tapi kalau korang tanya berapa ramai sahabat aku mungkin aku akan jawab 'boleh dibilang dengan jari tidak termasuk jari kaki....hehehe'.

Mungkin kerana aku berpegang kepada kata2 arwah tok wan yang pernah berpesan "untuk berkawan biarlah ramai tetapi jangan terlalu rapat, untuk bersahabat biarlah sedikit asalkan dapat menangis dan gelak bersama"....Alhamdulillah, pesan tok wan aku pegang sehingga ke hari ini dan aku bersyukur kerana tidak tersilap memilih kawan dan sahabat. Aku bukan la jenis orang yang memilih kawan malah aku lagi suka mencari ramai kawan tapi memang pantang tok wan aku kalau kawan yang suka menipu, tikam dari belakang, makan kawan, cakap tak serupa bikin, kondem bangsa sendiri untuk maju.

Bagi aku senang je untuk mengenal orang yang suka menipu, bila bersembang berapi-rapi tapi takut untuk bertentang mata.Bagi aku kalau setakat nak berkawan tak payah la rapat sangat, sampai cerita hal malam pertama atau kesusahan diri sendiri, pasal hal2 macam ni mudah diambil kesempatan oleh orang2 yang suka menikam dari belakang.

Kenapa aku cakap sahabat boleh dibilang dengan jari ??? Benda ni cerita dari pengalaman aku, mungkin lain orang lain pengalamannya.Kalau setakat kawan bila kita senang gelak suka hati, masing-masing akan rapat dan memuji tapi kalau kita susah atau nak minta tolong terus ambik tiket lari balik kampung atau off hp campak dalam tong sampah.Tapi kalau sahabat bila kita hantar sms minta tolong terus start moto pergi kedai beli top up dan lepas tu terus call balik tanya apa masalah. Sahabat selalunya akan berpegang kepada janji kecuali hal2 yang tak dapat dielakkan. Sahabat jarang memberi alasan.

Bukan aku nak merapu atau membebel pasal kawan la, sahabat la, tapi aku cuma bersyukur mengenangkan selama ni aku di berikan kawan2 dan sahabat yang banyak mengajar erti kehidupan pasal tanpa kawan dan sahabat pengalaman hidup mugkin akan menjadi kurang atau tidak berkembang. Bagi golongan2 yang jenis memilih kawan dan darjat nasihat aku baik la berumahtangga di dalam hutan pasal di situ tak payah nak bergaul dengan orang atau masyarakat dan anda boleh la menikmati segala kemewahan dan kekayaan duniawi dengan haiwan2 dan segala jenis makhluk yang sewaktu dengannya....

2 comments:

  1. btl2
    hasni pon rmi kwn
    but
    teda sapa tau
    who i am

    ReplyDelete
  2. @hasni : Bunyi cam tajuk filem Jackie Chan pun ada "Who Am I"....

    ReplyDelete