Terjumpa Sesuatu Di dalam Diri....

Kekayaan Dunia

Mungkin dulu aku masih tercari-cari apa itu erti kepuasan dalam kehidupan, bagi aku tiada apa yang dapat menjanjikan kepuasan melainkan berbakti kepada emak dan abahku...Sesekali aku duduk termenung terbayang segala pengorbanan yang dilakukan oleh mereka...Perkataan "Tidak" sesekali tidak pernah terpacul keluar dari mulut mereka, walaupun terpaksa mengikat perut untuk bekerja demi meraih rezeki yang halal demi untuk memberikan segala yang terbaik untuk anak-anak...Penat lelah mereka sentiasa tersembunyi di sebalik senyum ikhlas yang sentiasa terpancar di wajah mereka....Permintaan anak-anak sentiasa dipenuhi....Mereka tidak pernah meminta sebarang balasan....Kenapa aku tidak pernah terfikir langsung semua ini dahulu...Mungkin juga dulu aku hanya terfikir bagaimana untuk mencari pendapatan lebih agar dapat membahagiakan mereka....Sebaliknya sekarang baru aku sedar bahawa segala pengorbanan dan perit jerih mereka adalah 100% ikhlas untuk anak-anak tanpa mengharap sebarang balasan...Tidak mungkin aku dapat membalas segala jasa-jasa mereka walaupun sedikit...Apa yang mampu aku lakukan ialah berjanji akan menjaga mereka hingga ke akhir hayat (insyaallah)...Ya,kepuasan sebenar bagi diri aku kini bukanlah duit yang berkoyan-koyan, hiburan duniawi atau harta yang bergodang-godang tetapi cukuplah untuk melihat wajah emak dan abahku tersenyum dan cuba untuk memenuhi segala permintaan mereka walaupun terpaksa berjalan kaki dari Batu Caves ke Singapura....

Sedikit kisah benar tentang aku...Mungkin korang ada sesuatu untuk dikongsi bersama di ruang komen ???

2 comments:

  1. paling puas bila dpt beri smtng y blh watkan mama n bapak n adik beradik gembira:-)
    dorang epi saya pon epi

    ReplyDelete
  2. @hasni: Harta dunia yg paling bernilai ialah kluarga....

    ReplyDelete