Jauh Lagi Nak Menapak...



Hari ni aku terasa seolah-olah diri ini penuh kecemerlangan dalam semua bidang, aku sukses dengan jayanya dalam ujian memandu untuk kelas 'E' satu kebanggaan untuk diri aku sendiri. Tetapi di sebalik kesuksessan ini aku rasa masih jauh lagi terpaksa menapak....

Baru kelas 'E' hajat terbaru aku sebenarnya nak lulus semua kelas lesen memandu kecuali kelas 'M'. Kalau tak tau kelas 'M' untuk apa ? Sila rujuk di belakang lesen memandu jika ada...

Bagi yang belum ada lesen memandu tapi dah bawak kereta atau motor ke hulu-ke hilir aku rasa baik la ambik cepat-cepat !!! Sebelum 1 Jan 2010. Selepas aku settle ujian tadi, ada la Pegawai JPJ bagi taklimat dan repekan rapuan sikit, mungkin 2010 undang-undang untuk mengambil lesen memandu akan di perketatkan !!! Paham-paham dah la... kalau dah undang-undang diperketatkan dah tentu la harga nak buat lesen pun di naikkan. Sekarang punya undang-undang dengan harga pun aku rasa macam nak bagi orang mampos...

Tapi apapun terpulang kepada masing-masing punya selera nak ambik lesen tahun berapa pun....

3 comments: