Apa Aku Dia Dan Kamu Makan ?




Makan nasi, pada pendapat aku la, semua orang yang tinggal dekat Malaysia ni mesti pernah makan nasi...ye tak ?

Tapi ada jugak kes member aku masa zaman sekolah dulu tak boleh makan nasi, itupun bukan pasal dia suka-suka tak mau makan nasi tapi pasal tak boleh sebab dia ada penyakit apa ntah. Ok, senang cerita la...Makan nasi ke, tak makan ke yang penting mesti pernah tengok nasi ( kalau tak pernah tengok erm...ntah la..)

Apsal tetiba aku sembang pasal nasi plak macam la best sangat ? Takde la...Minggu lepas aku ada pergi sebuah kilang beras dekat sebelah utara, dekat dengan sempadan Siam ( kalau ada yang tak tau Siam tu Thailand la...)

Aku pergi kilang tu bukan buat apa pun, cuma teman pak cik aku beli beras secara borong untuk berniaga. Masa dekat kilang tu, ada la aku berborak dengan pengurus kilang tu. Muda lagi pengurus tu. Kepala pun ok, bley lebih kurang tak de la sombong bukan-bukan. Walaupun kilang tu bapak dia punya.

Ok, bila dah selesai tentang pembelian beras-beras tu aku dengan pak cik pun balik la...Tunggu apa lagi ye tak...Semasa dalam perjalanan balik, tugas aku macam biasa la, duduk sebelah sambil berangan ke alam lain. Tapi jangan silap, kali ni aku bukan berangan tapi berfikir balik apa yang pengurus kilang tu cakap tentang beras tempatan.

Sebenarnya kalau korang nak tau, selama ni 70% penduduk di Malaysia ni makan beras Siam, cuma 30% je yang makan beras betul-betul buatan Malaysia tu pun yang duduk dekat dengan sempadan.( Beras Gred A yang di seludup masuk dari Siam sebenarnya beras Malaysia )

Apsal bley jadi macam ni ? Mana taknya beras Malaysia kualiti memang Gred A, jadi habis la kena jual eksport ke negara lain. ( Demi keuntungan negara la katakan ). Lepas untung macam tak ingat !!! Beli atau import la pulak beras murah dari negara lain yang di kategorikan Gred Ntahpapaentah...Lepas tu print la perkataan "Beras Buatan Malaysia" dekat guni plastik yang bungkus beras tu, untuk mengaburi mata "Rakyat Malaysia" yang setia macam aku ni...

Ok, kalau ada yang tak faham buat-buat faham dah la...Kalau nak senang faham, kesimpulan dia lebih kurang macam ni la..." Anak Kera Dalam Hutan Di Susukan, Anak Sendiri Dekat Rumah Mati Kelaparan "....Sekali lagi rakyat Malaysia tertipu...hahaha...

2 comments:

  1. testing..1..2..3...
    ok dapat hehehehe...

    uihhh...besar keluaran sendiri lagi bagus kan, sy paling minat beras borneo, hanya bile di dapati di sarawak, besar yg halus dan enak di makan, tapi harga sgt lah mahal hehhe

    ReplyDelete
  2. Btol tu Ivy beras tempatan sebenarnya byk khasiat tu psl la mahal, tapi elok utk kesihatan...

    ReplyDelete