Selepas lebih kurang 2 jam melepak dekat kedai mamak di sulami dengan sembang-menyembang yg agak merapu & tidak berfaedah,aku dan beberapa org teman-temanku mula berasa bosan & sedar bahawa perkara yg kami lakukan itu tidak berfaedah dan sama-sekali tidak bermanafaat langsung...Kami mula bertukar-tukar idea & pendapat tentang ke mana arah tuju seterusnya,setelah mendapat persetujuan dari semua pihak kami semua bersepakat untuk pergi ke Uptown Damansara Utama (Uptown lama dh x de pun sekarang....) dalam kepala otak aku sudah terbayang cd pirate cerita Young & Dangerous dgn watak2 utamanya Chan Ho Nam,Chicken dan ramai lagi....Semua koleksi cerita ni aku dh ada cuma sekarang misi mencari yg terbaru Young & Dangerous 5...Setibanya kami di uptown kami jalan2 sambil membuang masa lebih kurang 1 round untuk mengenal pasti barangan yg hendak dibeli.Di satu sudut berhampiran tangga menuju ke food court aku ternampak orang ramai berkumpul seperti sedang membeli goreng pisang panas,aku pun dgn sikap yg ingin mengambil tahu terus menuju ke tempat itu tanpa menghiraukan teman-temanku yg sedang buat ape ntah aku pun tak tahu ??? Bila aku sampai ditempat org sedang berkumpul itu aku terpandang sekeping cd didalam plastik yg berwarna putih jernih dan suci yg bertajuk Young & Dangerous...Ya,inilah benda yg dicari!!!Tanpa membuang masa dgn pantas aku tanya tokey cd tu (berbangsa Cina & nama dia aku x tau pasal aku bukan kenal dia pun haha.....) & tokey itu mengesahkan memang Young & Dangerous yg terbaru.....Lebih kurang 1/2 jam kemudian kami pun pulang dgn muka masing2 dah mcm "tahi" akibat mengantuk yg teramat sgt....Apabila sampai rumah aku pun menghidupkan cd player & dgn rakusnya memasukkan cd yg bru dibeli tadi tanpa membuang masa terus menekan butang play....Intronya agak menarik tetapi dgn tiba2 terkeluar gambar family berbangsa Cina sedang makan beramai-ramai didlm suasana yg agak harmoni & meriahnya sampai habis Cd 1 & 2....Perasaan aku pun mula bengang dan mata aku pun mula mengantuk lalu terus memaki-hamun cd itu & mematahkannya lalu dibuang ke dalam tong sampah....Ini bukan cerita Young & Dangerous tapi cerita tokey cd tengah makan dgn family dia bodoh,bangang,mangkuk hayun...Akhirnya aku tertipu & terpedaya oleh lanun cetak rompak terbang duit aku RM 4.....Memang bijak lanun2 cetak rompak ni berniaga sampaikan orang2 dari golongan cerdik pandai macam aku pun kena tipu memang padan muka aku hahahaha......
No comments:
Post a Comment