Penulisan Yang Bergaya.




Kadang-kadang duduk lepak sorang-sorang terfikir la jugak, macam mana la aku bley terjebak dalam dunia maya ni ?... Ini semua blog-ngeblog punya pasal ( nasib baik bukan goblog ). Nak kata menyesal ? Takde la pulak... Tapi rasa kesian untuk blog Aku Punya Pasal !!! ni ada la sikit, dah la jarang-jarang di update, kadang-kadang rasa dah bley buat tukun pun ada.

Alkisah, lebih kurang macam ni la... Macam mana aku bley terjebak dalam dunia blog-ngeblog ni. Pada tengah malam yang sunyi dan sepi, sedang semua orang sibuk melakukan rutin harian ( buat apa lagi tido la )... Aku pun sibuk la jugak time tu melayan internet-mentenet. Sampai la satu tahap dah nak kematu punggung duduk atas kerusi ( kalau sofa ok la jugak ), di tambah lagi dengan rasa macam nak terkeluar biji mata mengadap skrin...

Tiba-tiba ntah apakebenda keyword aku search terkeluar la blog/website ni...



Mula-mula tu aku buat dek je... tengok blog ni ( takde faedah la konon hati aku cakap )... Tapi dek kerana layout dia penuh dengan unsur-unsur kartun, aku pun layan... Aku ni dah la jenis alergik dengan benda-benda yang berunsurkan kekartunan ni ( cepat terpengaruh ). Kartun punya pasal aku pun tabahkan hati untuk melayan hasil karya mat saleh yang bernama Doug Cloud ni.

Lebih kurang dua hari berturut-turut aku membuang masa mentelaah blog ni, banyak la jugak benda yang aku dapat. Salah satu trick yang aku ciplak dari blog ni ialah macam mana nak mengadjust penulisan yang buruk dan tunggang-langgang ( macam yang selalu aku buat ) supaya jadi lebih kemas dan bergaya.

Trick ni la yang selalu aku pakai untuk mengaburi pandangan mata semua orang dari dapat melihat hasil penulisan aku yang tak berapa nak cun.

Oleh kerana trick ni sangat berguna untuk aku, jadi aku ingat nak berkongsi la dengan sesiapa yang rasa berminat untuk mengaburi mata orang lain.

Sebelum tu aku nak ingatkan kesan dari penggunaan trick ni, takde la hebat sangat macam yang aku war-warkan hahaha...

Tapi kalau rasa-rasa nak try trick ni kot-kot ngam dengan jiwa, lebih kurang macam ni la...Bila rasa nak buat post baru letak la kod ni.

<div style="text-align: justify; padding-bottom: 20px; line-height: 150%;">Mula Menaip Post Anda Di Sini ....</div>

Kredit untuk Doug Cloud.

5 comments:

  1. trick apa tu?
    nak cuba boleh??

    ReplyDelete
  2. Aku pun nak kena belaja dgn ko la mcm nie..huhu

    Aku tulis ikut dan jaa..hehe

    ReplyDelete
  3. sempoi seh trick ni..
    best lak aku main2 cursor kat gambar tu..ha3

    ReplyDelete
  4. best la dapat ilmu baru dari syam selalu ...tq.

    ReplyDelete