Teh Tarik Satu !!!


6/4/2009....Peniaga-peniaga air seluruh Malaysia mesti membenci aku selepas ini...Ini sekadar untuk pengetahuan korang saja...Bukan niat aku untuk mensabotaj sesiapa...Aku dapat info ni pun semasa aku menghadiri kursus pemakanan untuk peniaga, kira-kira 2 bulan lepas...Orang yang menyampaikan ceramah untuk kursus ni pun bukan calang-calang semuanya mempunyai 'Title DR'...Jika penceramah ini menipu maka aku pun turut sama menipu korang....Di antara topik yang di sentuh semasa kursus ini ialah 'Teh Tarik'...Kenapa kita menjadi ketagih jika minum teh tarik di kedai ??? Sedangkan kalau kita minum teh di rumah takde pape kesan pun ??? Ini kerana kebanyakkan peniaga menggunakan teh yang di beli secara pukal atau borong senang cerita teh murah...Takkan nak pakai teh 'Boh' kot, mahal tu bila nak untung...Tapi lain la kalau restoran atau kafe tu bertaraf 5 atau 6 bintang, kadang-kadang guna jugak teh murah....Korang sendiri boleh tengok perbezaan....Kalau teh tarik di kedai warna dia agak kemerahan sikit atau pekat...Penceramah tu kata teh murah ni mengandungi perwarna yang berlebihan...Patut la aku buat teh tarik dekat rumah kaler dia macam tu je...Buih je berlebihan...Jadi bukan la, korang termasuk aku sekali tak boleh minum teh tarik di kedai mamak tapi jangan la sampai hari-hari pasal benda ni lebih banyak keburukan daripada kebaikannya....

2 comments:

  1. nasib la REd tak gemar teh tarik... kalau gi mamak, minta limau ais je... lagi best. kurang manis arr...

    ReplyDelete
  2. Teh yg murah nie jgk buley sbbkn
    kanser,taw..Bahaye2..

    ReplyDelete