Geng Arab Mengganas.

Geng Arab Mengganas
4/4/2009....Hari ni sebagai penduduk yang perihatin dan mementingkan keamanan,aku telah memaksa diri aku untuk menghadiri mesyuarat 'Rukun Tetangga' walaupun mengantuk....Mesyuarat ini di adakan pasal semenjak 2 menjak kebelakangan ni 'Pak Arab' telah menganas di kawasan aku....Dah 2 orang telah menjadi mangsa...Sorang suri rumah dan sorang lagi anak dara....Bukan kena rogol atau cabul tapi kena pukau dan samun...Dari sumber-sumber yang aku dapat semasa menyibuk di mesyuarat tadi pihak polis menyatakan 'Geng Arab' yang terdiri dari 1 wanita dan 2 lelaki arab 1 lelaki berkulit hitam ini bergiat aktif di pagi hari....Selepas rumah clear semua orang pergi kerja...Kawasan yang menjadi sasaran Sentul, Gombak, Damansara....Taktik yang di gunakan oleh geng ini ialah dengan cara berpura-pura bertanya alamat, menukar duit, meminjam hp, meminta rokok, meminta sedekah untuk masjid, menjual minyak wangi, meminta air untuk minum....Takde la hebat sangat taktik ni.....Jadi jika korang didatangi oleh geng ini cepat-cepat la cabut lari....Sekiranya korang mahir dalam seni mempertahankan diri bolehlah tunggu untuk menguji tahap kehandalan ilmu yang di pelajari...Kalau terjadi apa-apa jangan salahkan aku tapi salahkan 'Tok Guru' korang....

4 comments:

  1. kalu ad org dtg mtak air nak mnum kat umah kt,mst kt bg kan...xsmpai ati..last2,kna pukau..huhu..sbr je la...

    ReplyDelete
  2. Mulai skrng jgn bg kecuali ari raye...

    ReplyDelete
  3. nasib baek aku agak kedekOt membuka pin2...
    peluang utk dipukau tipis...
    fuh~

    [mintak dijauhkan]

    ReplyDelete