Rempit Vs Predator.

Malaysia Wallpaper

Kerana nila setitik, Habis susu sebelanga rosak...Semuanya berpunca dari persepsi negatif sesetengah pengguna jalan raya yang melabel semua penunggang motosikal sebagai Mat Rempit atau Samseng Jalanan.

Untuk kakak2, abang2, pakcik2 dan makcik2 tu kalau bawak kereta yang besar2 tu ingat2 la penunggang motosikal, jangan la ingat penunggang2 motosikal ni makhluk yang tak bernyawa. Kalau ye pun marah kat Mat2 Rempit jangan la sampai brader2 pakcik2 naik moto nak gi keje termasuk aku skali korang himpit macam nak bagi mati. Aku faham mungkin mak bapak pemandu kereta2 mewah ni kaya2 belaka dan tak pernah naik moto, maklum la celik je mata dah dapat hadiah kereta.

Entri kali hanyalah untuk melepaskan geram aku kepada sesetengah pemandu tak kira la kereta, bas, lori sampah, kereta F1 yang boleh di katakan setiap pagi buat hal. Dah tau korang tu bawak kereta keluar la awal2 pagi nak gi keje !!! Macam la tak paham keadaan kesesakkan jalan kat KL ni !!! Bila dah keluar lambat lepas tu mula la bawak kereta macam sial, lampu signal tak reti nak bagi, cilok kiri kanan tak tentu hala, himpit habis penunggang motosikal macam mak bapak dia sorang punya jalan...Tapi bila dah langgar orang pandai pulak lari...

Kira ok la tu lepas geram sikit2 dah la, kalau banyak2 bley kena darah tinggi walaupun tiada kena mengena entri ni dengan garam...

Psssst...Kalau bawak kereta tu anggap2 la penunggang2 motosikal sebagai bapak saudara sendiri...(tidak termasuk Mat Rempit).

No comments:

Post a Comment