Bila Manusia Makan Nombor.

Cerita Melayu

Nak cepat kaya....Kalau nak diikutkan siapa yang tak nak jadi kaya ? Tapi biar la menjadi kaya atau senang dengan hasil titik peluh yang halal.

Zaman sekarang kebanyakkan masalah semuanya berpunca daripada duit...Duit punya pasal anak bunuh mak, ayah jual anak, orang gila semakin bertambah, mak bapak buang anak, perompak,penyamun, peragut pun semakin berlambak dan bersepah-sepah dah macam cendawan tumbuh selepas hujan....Malas aku nak cerita panjang-panjang pasal dalam surat khabar dan berita korang boleh tengok dan baca....

Mungkin juga desakan peningkatan taraf hidup di kotaraya menjadi segala punca ?

Adakah ini alasan untuk orang melayu yang beragama islam untuk beratur panjang dengan penuh kesabaran untuk membeli nombor ekor ?

Sebenarnya aku sedih setiap kali melintasi kedai-kedai menjual nombor ramalan (senang cerita nombor ekor)...Kebanyakkan pengunjung setia bangsa aku sendiri dan beragama islam. Selalu aku terbayang bertapa sanggup dan tergamak mereka-mereka ini menyara keluarga dan membesarkan anak-anak dengan duit yang ternyata haram.

Lupakah mereka kepada rezeki Allah ? Memang aku tidak menafikan kata-kata atau janji seorang penagih atau kaki nombor memang tidak boleh pakai langsung....Memang aku pernah terkena...Disebabkan kasihan dan atas dasar kawan aku pernah bagi pinjam rm50 kepada seorang kawan yang bergelar kaki nombor... Bukan aku nak berkira sangat pasal duit, tapi alasan yang di beri untuk membeli susu anak, tapi bila dah dapat duit habis jahanam pergi sedekah dekat kedai nombor. Aku masih ingat kata-kata seorang lagi kawan aku yang sekarang sudah menjadi tahi/kaki nombor tegar....Lebih kurang 10 tahun dulu...Bila aku tanya, apsal kau main nombor ? Dia akan menjawab aku nak jadi kaya, bukan boleh jadi ketagih pun beli nombor...Tetapi samaada sedar atau tidak hakikatnya sampai sekarang, sudah lebih 10 tahun dia tidak boleh berhenti membeli nombor ekor...Aku rasa duit dia ni dah lebih berpuluh ribu atau lebih hangus beli nombor tapi tak jugak kaya-kaya...

Malaysia Kini

Apakah ada kesudahan untuk hamba-hamba nombor ini ? Aku sendiri pun tak paham ???

No comments:

Post a Comment