
Duduk bersembang pung-pang sambil di temani teman2 merapu sambil menikmati berbelas cawan minuman tak kira la kopi, milo, nescafe, air kosong, tea o beng....Di tambah pula dengan suasana yang riang-ria dengan pelbagai bunyi orang bersembang hinggalah ke bunyi lalat langau
Paling aku rindui ialah pandangan meluat dan menyampah tokey kedai terhadap kami yang pada kebiasaanya duduk berjam-jam air segelas makanan haram tak order sampai tutup kedai, tapi apakan daya kerusi keras terasa bagaikan sofa, berteduhkan payung yang dah nak roboh terasa selamat, cuaca panas bak di gurun sahara terasa sejuk bagaikan di Genting...Oh..semua itu memang indah....Rasa macam tak mau balik pun ada bila dah bersama teman-teman sejati sambil menghirup udara yang tercemar dengan asap-asap kenderaan yang lalu lalang.... Bersembang, berbual-bual, mencarut, berbincang tentang perkara-perkara yang serius langsung tak mendatangkan faedah, tetapi sebaliknya menghabiskan duit dan air liur adalah lumrah....
Bak kata prof-prof dan golongan cerdik pandai "semua yang di atas itu adalah terapi terbaik untuk menghilangkan keletihan selepas waktu bekerja..."
Sememangnya aku tak mampu untuk menipu diri sendiri betapa rindunnya untuk "Pekena teh" dengan kawan-kawan....
Inilah hakikat yang terpaksa aku terima selepas terpaksa bekerja shift malam untuk dua hari sahaja....
Ini adalah fakta bukan auta keesokan nak bangun pagi badan akan terasa liat untuk pergi bekerja.....hahahaha
cet
ReplyDeletetajuk xblh blah btl sham ni
haha
Cam hot je tajuk ni kan hasni? hahaha....
ReplyDeleteIngtkan Syam duk syok2
ReplyDeleteberasrama(asrama!:p )dgn
hartis pempuan mane td!
Ropenye berlepak2ing dgn kawan2..
@Ieda : Saje nk try tajuk ala2 zaman 80an....
ReplyDelete