Kena "Tiaw" Lagi ?


Cara-Cara Penjagaan Gigi

Dah terlalu lama rasanya aku tak menziarah Dr.Gigi... Kali terakhir aku melawat dan bertanya khabar kira-kira 3 tahun lepas. Masa tu, Dr.Gigi menyambut kedatangan aku dengan penuh keriangan sambil membelasah dan menampal gigi aku dengan mesin gerudi yang mengeluarkan bunyi ngilu-ngiluan.

Pagi tadi aku kembali mengunjungi Klinik Pergigian yang sama dan aku bernasib baik dapat berjumpa Dr.Gigi yang sama (ingat dah arwah Dr ni...hehe). Tapi kali ni tak la ngilu dan teruk sangat gigi aku di belasah, mungkin sebab proses penampalan semula kot, sebab simen yang menampal lubang gigi aku 3 tahun lepas tercabut, akibat makan Buah Naga atau nama saintifiknya Dragon Fruit.

Sebelum dan selepas proses penampalan gigi, sempat jugak la Dr.Gigi ni "tiaw" dan meyekolahkan aku tentang cara-cara penjagaan gigi dengan betul. Aku dah cakap dekat Dr ni masa sekolah rendah dulu aku dah belajar tentang cara-cara penjagaan gigi tapi dia langsung tak ambik peduli dan tetap nak "tiaw" aku...hehe...

Selepas habis gigi aku di tampal sampai mulut pun dah naik kebas, Dr.Gigi ni megesyorkan aku supaya menggunakan berus gigi Oral-B, dengan muka bodo tetapi berlagak pandai aku membangkang, apa kena mengena berus gigi Oral-B dengan gigi aku berlubang, takkan berus gigi lain tak bagus kot ? Dr tu jawab buat masa ni berus gigi terbaik yang di syorkan oleh Persatuan Doktor2 Gigi ialah berus gigi Oral-B...

Kebingungan aku sekejap, ntah betul la kot Dr ni cakap pasal dia kan Doktor, takkan nak menipu aku kot bukan termasuk dalam skop tugas dia pun...

2 comments:

  1. aah..kan dalam iklan tv pun ada kata oral-B bagus hehehe....

    ReplyDelete
  2. Ingat doktor gigi dlm iklan tv tu menipu, sebab nak bagi dia punya produk laku, skali betul2 da...bukan cobaaan...hehehe

    ReplyDelete