Spesis Merbahaya.




Apa itu Zaman 'bundle' ? Sempat jugak aku merasai zaman yang penuh kekurangan ni. Maklum la masa tu baru-baru lepas SPM, blom ada pendapatan tetap keje pun macam nak tak nak. Maka dengan itu, duit pun memanjang tak brape nak cukup.

Pada zaman tu nak bershopping sakan jauh skali, nak merasa beli pakaian yang berjenama atau mahal dah tentu kena fikir beribu kali, kalau beli silap-silap makan maggi. Jadi jalan terbaik untuk menagani masalah ekonomoney ialah menyerbu kedai barangan terpakai, barang 2nd atau bundle secara beramai-ramai.

Seingat aku sempat jugak la skali berhari raya sakan dengan baju, seluar dan kasut bundle (ok la tu dapat jugak raya)... Oleh kerana dah selalu sangat melepak dan berwindow shopping di kedai-kedai bundle ni, tokey kedai pun dah naik meluat sampai jadi kawan.

Acong itulah salah sorang tokey bundle yang menjadi sahabat aku masa tu, dulu bukak kedai dekat area Sentul skang dah berhijrah ke Ipoh ( berniaga lagi ke tak ? aku pun tak pasti ?)

Mula-mula berkecimpung atau berjinak-jinak dengan dunia bundle-membundle aku main belasah je pakai baju ke seluar, sampai la satu hari tu Acong Si Tokey Bundle menegur aku dan berkongsi tip-tip hebat. Salah satu tip yang selalu aku amalkan ialah merebus baju dan seluar, bukan rebus untuk makan atau minum ! Tapi untuk menghapuskan kuman, virus, atau bakteria degil yang melekat pada barangan terpakai tadi. Al-maklum la barangan terpakai, mana la tau kan, kot-kot tuan punya yang terdahulu mempunyai pelbagai jenis spesis penyakit kulit yang berjangkit, tu pasal la kena rebus dulu konon-konon untuk mematikan kuman la...

Itu je la tip yang tak brapa nak hebat yang aku rasa nak kongsi beramai-ramai di sini. Kalau korang ada tip atau trick yang jauh lebih hebat dan mengkagumkan, kongsi-kongsi la di ruang komen ya ???

2 comments:

  1. sy paling takut g kedai bundle heehe, sebab tak tau macam mana org yg dah pakai pakaian tu...=)

    ReplyDelete
  2. Salam..Saya penah pegi Kedai Bundle
    sekali je last year sbb da terdesak
    sngt2 nk cari baju T berkolar yg same
    sebijik dgn baju T berkolar yg saya
    dpt utk kira undi Pilihanraya 12 hr tu..
    Tp yg saya dpt tu saiz die kecil sngt..
    Da la mlm pkl 9mlm shopping complex mana
    lg yg bukak maka terpaksa lh ke bundle..
    Pas2 skrg da serik nk beli pakaian dkt bundle
    sebab x sanggup lg pakai baju yg penuh
    melekat dgn bulu kucing dkt bahagian dalam
    baju T tersebut..Dh cuci pun x kuar2..Last2
    buang cam2 je..Nasib baik harga dia hanya
    RM16 je..Aduii..Mmg kalo beli baju terpakai
    cam2 elok kene rebus dulu,Syam..Supaya kuman
    tu(InsyaAllah..)terhapus..Kn!

    ReplyDelete