Rahsia Tarikh Lahir La Konon.




Kalau korang tengok tv sejak akhir-akhir ni mesti ada iklan lebih kurang macam ni "Untuk Mengetahui Rahsia Tarikh Lahir Anda bla..bla..bla..". Mula-mula iklan ni keluar aku buat tak pot je, pasal ingat biasa la iklan...Bagi aku benda-benda macam ni mengarut.

Sampai la ada satu hari tu ( ntah bila aku pun tak ingat ), tapi yang aku ingat Tv3 menjemput orang yang menganjurkan bengkel " Rahsia Tarikh Lahir " ni untuk di temuramah.

Pada awal temuramah tu kira ok la, boleh di terima...Tapi ada satu tahap yang aku rasa dah melampau ! Bila si penganjur buat kenyataan lebih kurang macam ni " Anda boleh mengetahui apa yang akan terjadi kepada anda pada esok hari samaada mengalami kemalangan atau tidak dan anda juga boleh mengetahui samaada akan memperolehi kekayaan pada masa akan datang....".

Perghhh... Macam la bagus sangat masuk bengkel ni... Sampai dah tahap boleh menidakkan kuasa tuhan, Kepada Dr bla..bla.. yang menganjurkan bengkel ni ! Lu ingat la sikit lu sapa yang nak memandai-mandai tengok nasib orang esok nak mati ke tak ? Dr bla..bla..Lu ingat ni ! Rezeki, jodoh, ajal, maut semuanya bukan manusia yang tentukan !!!

Lepas tu ada la tunjuk sikit rakaman semasa bengkel tu di jalankan, ramai jugak manusia menyertai bengkel mengarut ni...Bagi aku di lahirkan dan dapat tengok dunia ni pun dah kira bersyukur, tak payah nak memandai-mandai mengkaji tarikh lahir la konon, tapi sebaliknya dah macam bengkel menilik nasib.

3 comments:

  1. macam tau je sy mana satu iklan yg syam cakapkan tu hehehe

    ReplyDelete
  2. Shhh...Ivy Metaga klu tau diam2 dh le ye...hehehe

    ReplyDelete
  3. Dh mcm fortune teller lak tilik2 nasib..Xbek,xbek..Nnt pecaye lak tu
    100%..Haa..sudahh..susah lak nnt..

    ReplyDelete