Nescafe Pekat Tanpa Gula.

Sapa Nak Nescafe Free
2 minggu lepas......Sepanjang perjalanan pulang aku di selubungi dengan perasaan letih, menyesal, marah, dan macam-macam lagi...Kalau di fikir-fikir balik memang salah aku sendiri.... Pasal memandai-mandai menerima pelawaan dari geng budak-budak askar ni ajak masuk hutan...Bukan aku menyesal pasal masuk hutan, kerana aku memang la bukan orang hutan, tapi dah biasa masuk ladang tebu, setiap kali aku balik kampung....Tetapi pengalaman kali ini memang ' gila' .....Mana tak gila, perjalanan dari KL ke tempat tu dah makan masa 3 jam ikut highway....Lepas tu kena naik kenderaan pacuan 4 roda selama 2 jam....Aku ingat dah ok la tak kena jalan kaki....Dah la stamina aku tidak berada di dalam keadaan terbaik....Baru 2 hari baik demam...Geng ni la pandai-pandai racun fikiran aku ajak join....Baru aku nak menarik nafas lega....Tiba-tiba kenderaan yang kami naiki berhenti....Yang aku pelik bukan 4WD yang aku naik ja berhenti tapi semua....Kami berkonvoi menggunakan 3 biji pacuan 4 roda...Hati aku dah x sedap takkan rosak kot di tengah hutan rimba tempat ' Jin Bertendang' ni....Jam dah dekat pukul 5 petang....Rupa-rupanya bukan kenderaan rosak tapi kena turun jalan kaki la pulak....Dengan hati yang panas aku terus bertanya member aku yang pandai-pandai ajak aku join...."Ari tu aku tanya kau"...."Kau cakap dekat je tempat ni "....Member aku tu diam x cakap pape pun..."Perghh...Aku lempang jugak budak ni kang"..."Orang tanya dia boleh buat diam, siap gelak lagi"...Gila ke ape budak ni ???"....Bila dah siap bawak turun semua barang....Member aku tadi baru bersuara...."Malas aku nak cakap dekat kau hari tu, takut kau x nak join"...." Saje aku nak dajal kau pasal aku sediri pun tak pernah datang tempat ni... haha....".....Tapi best jugak pasal dah lama aku x masuk hutan....Geng yang betul-betul aku kenal cuma 4 orang je...Yang lain semua geng budak-budak askar dari Pahang....Aku tanya salah sorang geng dari Pahang...."Berapa lama nak kena jalan kaki ???"....Rasa macam nak tercabut jantung dan kaki aku apabila menerima jawapan...."Lebih kurang 6 jam".....Setelah 3 jam perjalanan meredah, hutan, bukit-bukau, semak-samun sambil di temani dengan gelap malam kami berhenti berehat di tepi sebatang anak sungai....Nak tergelak pun ada tengok muka member2 aku yang datang dari KL....Mula-mula tadi bukan main ceria tersenyum riang tapi sekarang dah macam tahi....Maklum la geng dari KL bukannya askar termasukla aku sekali....Tapi nasib baik aku dah biasa ikut trip pergi memancing jauh-jauh macam ni ....Member aku yang lain kebanyakkan bukan la ' kaki pancing tegar' macam aku....Tiba-tiba, di dalam suasana yang gelap pekat, baru aku tersedar 4 orang member aku hilang dari pandangan setiap 10 minit....Rupa-rupanya mereka hilang ke sungai untuk membuang " hajat "....Aku ingat benda ni biasa la....Tetapi jangkaan aku meleset apabila member-member aku yang kerap kali membuang " hajat " tadi menjadi lemah dan tidak bermaya kerana terkena keracunan makanan....Sedangkan perjalanan teramat-amat la jauh lagi....Di dalam keadaan yang kusut itu tiba-tiba muncul cahaya yang samar-samar di ikuti dengan bunyi tapak kaki memijak daun kering dan ranting kayu mati.....Kami semua terdiam sambil melihat lembaga yang semakin menghampiri kami itu....Assalamu'alaikum...Lembaga itu memberi salam....Dalam hati aku berkata "Orang rupanya ingat benda lain tadi".....Lembaga yang memberi salam tadi rupa-rupanya ialah ' Tok Batin atau ketua orang asli ' yang sedang dalam perjalanan balik selepas memburu di hutan...Kami pun menceritakan tentang kejadian keracunan makanan itu kepada Pak Cik Isla ( nama orang asli tadi)....Dengan tenang Pak Cik Isla turun ke sungai untuk mengambil air.... "Apa orang tua ni nak buat"... kami semua berbisik sesama sendiri....Selepas itu Pak Cik Isla meminta "Teh atau Nescafe" .....Pak Cik Isla mencampurkan air tadi dengan "Nescafe" dan di bancuh dengan pekat tanpa sebarang gula....Setelah siap Pak Cik Isla menyuruh member aku yang terkena keracunan makanan tadi meminum air itu sambil berkata "Kalau takda Nescafe , Teh pun boleh" ....Selepas lebih kurang 20 minit member aku tadi kembali sihat dan cergas serta telah berhenti membuang "hajat"....Hebat jugak Pak Cik Isla ni dah macam doktor pun ade jugak...Panjang lagi cerita ni sebenarnya.....Ok la sekiranya korang mengalami keadaan di dalam situasi yang sama dan lupa pulak nak bawa "Pil Chi Kit Teck Aun" (nama ubat sakit perut) .....Boleh la menggunakan formula Pak Cik Isla ni....Insyaallah....

6 comments:

  1. uishh... adventure trip yang sangat fun! len kali ajak le :P

    ReplyDelete
  2. Bukan x mo ajak...tp borang dh abisss...

    ReplyDelete
  3. hehe
    org asli ni memg bnyak ilmu perubatan tau
    xeranla kalu org putih mai sini nak wat kajian tang pokok2 nak wat ubat dorg nanya org2 asli ni
    hebat tu
    jd rujukan saintis putih
    haha

    ReplyDelete
  4. 6jam merentas hutan?!Heyyyyoo..pingsan!
    G dgn geng Askar Darat ke,wak?
    Owhh..Kalo kene food poisoning leh
    bek hanya dgn minum Nescaffe Pkt
    tanpa gula je..?Whoaaa..pasnie klo
    kene food poisoning,leh try minum
    Nescafe Pekat..Awk,Org Asli tu
    Islam kn?Die bg slm kn..Awk,xleh eja
    "A'kum"cam2 tu..biar eja penuh"Assalamu'alaikum"
    atau"Salaam"sbb"A'kum"tu makna x elok..
    Jgn mrh ye,sy bgtaw ape yg sy tawu..
    Same2 kite kongsi pengetahuan..X gitu..
    Hehe..(Haaa..pnjng tol komen nie..Sori..
    Hehe..)

    ReplyDelete
  5. T.kasih ~ieda~ kerana membaca semua penulisan dgn teliti komen anda amat d hargai & kesilapan telah d betulkan...

    ReplyDelete
  6. Owhh..Da btl kn dh.. :) Okeh..Gud2!
    Hehe..Sama2,awk..

    ReplyDelete