Gitar & Biola....


Ntah kejadian berlaku kira-kira 21 thn yg lalu kot, sekarang umur aku dh 27 thn....Ni aku nk cerita sikit tentang zaman masa aku "bodo2 dulu" sekarang dh intelligent & hensem la sikit dan masih bujang haha....Pengalaman mula2 aku mengenali gitar & biola,aku bukan la nk menjadi guitarist atau superstar yg terkenal tp keinginan utk bermain gitar pada masa tu memang mendalam & tak boleh nk dibendung lg kerana jiwa kanak-kanak yg sedang memberontak didalam sanubari aku pada masa tu memang kuat mengatakan yg aku boleh bermain gitar.....Aku pun memulakan kajian aku tentang gitar dgn memandai-mandai meminjam "gitar" kakak kwn baik aku yg bernama Apit (bukan nama sebenar tp nickname) dgn bangganya aku membawa gitar itu pergi ke taman dkt rumah aku tempat brader2 & otai2 melepak...."Aku kenal brader ni hati aku berbisik sambil melihat brader Madi yg sedang melepak"....Byk cerita org2 kampung yg aku dengar mengatakan Brader Madi ni memang "terer" main gitar,rupa gitar pun aku tak kenal sebenarnya pada masa tu...Aku pun menghampiri Brader Madi sambil menghulur gitar yg aku pinjam dari kawan baik aku sambil berkata "Abg madi boleh ajar saya main gitar? dengan tidak byk bercakap disamping raut wajah yg amat brutal & bengis Brader Madi mengambil gitar itu dan berkata" ini bukan gitar tapi biola".....Aku pun dgn perasaan bangga,malu & ntahpapentah pun "cabut" balik rumah sambil berfikir "binatang yg aku pinjam dari kawan baik aku ni biola ka gitar?....Sejak dari kejadian itu aku telah tahu membezakan yg mana satu gitar dan yg mana satu biola.Tetapi aku lebih menyesal lagi kerana tidak bertanya dahulu kepada kakak kawan baik aku nama benda yg aku pinjam yg disangkakan gitar tetapi sebenarnya biola haha....Memang betul kata-kata standard orang tua2 "Malu Bertanya Sesat Jalan".....

No comments:

Post a Comment