Bateri & Alternator.

22/2/2009....Hari ini alternator kereta aku buat hal,pagi ni macam biasa misi aku untuk memanaskan enjin kereta tetapi sungguh mendukacitakan apabila aku memasukkan dan memusingkan kunci tapi enjin kereta senyap sunyi, selalunya ada bunyi tret...tret...tet 5x (lebih kurang macam tu la bunyi starter).Mengikut pengalaman aku yg lepas2 ( takde la pandai sangat) kalau ada bunyi macam tu maknanya starter,alternator & bateri takde masalah tapi kalau dh senyap langsung memang bermasalah jadi aku pun memeriksa bateri & alternator.....Selepas lebih kurang 10 minit mencari apa masalah ternyata ia berpunca dari alternator,kalau alternator problem dh tentu bateri pun 'kong'.Macam mana aku tau alternator 'kong' senang je,caranya mungkin korang semua pun dh tau cara ni tapi saje aku nk cerita...2 hari sebelum benda ni jadi timing enjin kereta aku jadi dh tak tentu hala kejap naik,kejap turun padahal baru setting,bateri pun baru tukar lebih kurang 2 bulan lepas...Untuk memeriksa alternator sendiri,mula-mula semasa enjin kereta hidup cabutkan kepala bateri, klu korang x reti nk cabut yg mana satu + (positif) atau - (negatif) cabut dua-dua pun takde hal,biasanya kalau alternator 'ok' enjin akan hidup walaupun bateri di cabut tapi kalau enjin kereta mati besar kemungkinan alternator bermasalah pasal tugas utama alternator ni ialah menyimpan power bateri.
Kalau ada masa check la alternator kereta anda,pasal benda ni boleh menyebabkan anda rugi contohnya : kalau tukar bateri baru pun mungkin boleh tahan 2 atau 3 hari saja takkan nk tukar bateri baru hari-hari kot ??? ( harga bateri sebiji RM 140 ke atas).Untuk kereta baru biasanya alternator boleh tahan 3 atau 4 tahun mengikut cara pemanduan,tapi kalau cara pemanduan lasak/ekstream mungkin jangka hayat alternator akan kurang atau cepat 'kong'.Kalau benda ni x betul korang bagi la komen....

No comments:

Post a Comment