Buah Oren itu....

Sibuk sangat ke aku ni? Kalau tengok keadaan blog ni mesti orang ingat aku ni seorang yang hangat2 tahi ayam untuk berblogging, maklum la dah dekat 2 bulan blog ni di biarkan terkontang-kanting tanpa sebarang pengUPDATEtan...hahaaa lain macam je ejaan...Tapi kalau itu la yang korang fikirkan ternyata korang salah membuat tafsiran kerana semangat aku untuk berblogging ternyata masih utuh dan ampuh...

Walaupun Argentina kalah dan menyebabkan aku kerugian besar namun Belanda tetap meneruskan harapan murni untuk menjulang World Cup...Ni apsal tetiba je aku cerita pasal World Cup...

Bukan apa cuma aku nak menunjukkan yang salah satu sebab kenapa? dan mengapa? Blog ni terbengkalai tanpa sebarang update...Ha,sekarang mungkin orang akan percaya yang aku ni sememangnya sibuk tengok bola....Hahaaa...Tengok bola sibuk sangat ke? Sebenarnya memang aku sibuk melayan fesbuk kerenah tuntutan kerja yang memaksa aku outstation ntah kemana-mana hampir setiap hari, daripada bershopping hinggalah terpaksa melakukan kerja2 sukarelawan semua aku buat dalam tempoh 2 bulan ni. Dah lama aku tak buat kerja2 sukarelawan ni ke memang tak pernah buat.

Bila aku baru je nak senang hati mengadap fesbuk atau blog dah hp aku memekak menadakan ada panggilan masuk, jadi terpaksa la aku melupakan hasrat untuk melakukan sebarang update di dunia maya ini....Kenapa? Pasal tuntutan kerja lagi penting demi mencari rezeki yang halal bagi menampung kehidupan di bumi Allah ini.

4x4


Kenderaan yang digunakan semasa misi membersihkan pantai dari tumpahan minyak.

Maaf la ye kalau kualiti gambar agak hancur pasal aku gunakan kamera hp je...Nak beli DSLR duit tak pernah ada yang terlebih...

Kamera Digital

Si idaman kalbu, Bila la nak menjadi milikku...

Jadi terpaksa la aku memendamkan hasrat lebih lama lagi untuk menjadi tukang tangkap gambar yang agak tak berapa nak pro....

Walau sesibuk mana pun aku akan tetap menghadirkan diri ke jemputan kenduri-kendara bagi menunjukkan yang aku ni sememangnya seorang yang bercampur dengan masyarakat sekeliling...Pesanan penaja, jangan la menjadi seorang yang tak bercampur dengan masyarakat sekeliling pasal silap2 haribulan kalau mati kena tanam sendiri...haha ada berani? Larangan keras, jangan jadi sampah masyarakat dah la....Habis kalau dah satu dunia terkena demam World Cup takkan aku nak tengok je kot? Mesti la nak selit2 sikit...

Holland

Pasukan pilihan aku dari dulu hingga sekarang ntah kenapa ntah, nak kata aku minat makan buah oren tak jugak...

Entri kali ni lebih kepada edisi untuk melepaskan gian dan rindu aku untuk menekan keyboard.

No comments:

Post a Comment