Cemburu Yang Indah.




Bosan la pulak bila balik rumah diawal2 minggu hari raya...Perasaan cemburu kepada sepupu-sepapat, saudara-mara, pak cik-mak cik masih terasa macam mana aku tak cemburu !!! Mereka-mereka ini dapat cuti lebih dari 4 hari, sedangkan aku malam raya ke-2 dah beristirehat dekat rumah kerana terpaksa, maklumla raya ke-3 dah mula bertugas...

Kena bertugas awal tu biasa la tak kisah sangat, tapi yang aku kisah kepala otak aku asyik tergiang-ngiang kenikmatan ketupat rendang, lemang, nasi himpit, kuih tart dan macam-macam lagi la masakan yang makcik-makcik aku masak masa kat kampung. Kalau macam ni la keadaan boleh gila aku...Apa resepi yang makcik-makcik aku pakai ? Sampai gian sebegini rupa...Letak dadah kot hehe...

Nak kata menyesal balik awal pun tak boleh jugak, nak salahkan bos lagi la tak boleh, bukan la pasal aku kaki ampu atau kaki bodek bos tapi semua kekusutan ni aku yang bikin sendiri...Mana taknya tahun lepas dekat 2 minggu aku hentam bercuti raya...
Tapi yang aku pelik bila memikirkan masalah ni...Bila dapat cuti 2 minggu aku tak bising la pulak siap senyum hari-hari, tapi dapat cuti 2 hari memekak tak habis-habis, komplen sana-sini...

Salah akukah? haha...lagi mau tanya...

No comments:

Post a Comment