Tragis & Menyayat Hati.....


Peristiwa sedih,tragis & menyayat hati ni berlaku lebih kurang 3 bulan lepas....Dalam kol 3 pagi peristiwa ini berlaku, apabila aku sedang lena di ulit mimpi didalam bilik diatas katil.Tiba2... Aku terjaga dri tidur yg lena dan terpaksa meninggalkan aksi-aksi yg menarik didalam mimpi aku, selepas terdengar bunyi-bunyian yg tidak berapa sedap utk didengar,aku kuatkan semangat untuk membuka mata tetapi tidak berdaya & terus tidur kembali tanpa menghiraukan bunyi-bunyian tadi.Apabila pagi menjelma aku pun macam biasa terjaga dari tidur dan terus memulakan rutin harian di pagi hari, iaitu memberi makan kepada ikan2 peliharaan aku, ada la lebih kurang 100 ekor ikan kelah & ikan sebarau pelbagai saiz.Alangkah terkejutnya aku !!! Apabila menghampiri akuarium yg berada diluar rumah,aku berasa sedih,sadis,menyayat hati,terkesima,bangga,riak dan ntahpape lagi.....Apabila melihat ikan2 peliharaan aku semuanya terapung-apung diatas permukaan air didalam akuarium menjadi bangkai.Dh lama aku bela ikan2 ni lebih kurang 1 tahun 1/2 semuanya dari lain2 sungai di sekitar Selangor & Perak.....Tiba2 ingatan aku kembali pulih & teringat bunyi-bunyian yg aku dengar malam tadi bukanlah bunyi special effect dari mimpi aku,tetapi realitinya berpunca dari ikan2 peliharaan aku melompat-lompat sebelum terkorban kerana kegagalan motor oksigen untuk berfungsi,akibat dari kerja2 penanaman kabel dikawasan tempat tinggal aku yg menyebabkan terputusnya bekalan elektrik semalam.....

2 comments: